Translate

Friday, 24 May 2019

PEMILIHAN SEORANG WATAK DI DALAM KELAS KPS3014

Di dalam kelas KPS3014 ni madam  kami iaitu Puan Izazol menyuruh kami untuk memilih seorang watak yang kami suka. Watak yang saya sangat suka ni merupakan seorang lelaki🙈. HAHAHAHA.. Selalunya perempuan macam tu laa kan. Pada hari pertama kelas tu saya tak perasan pon lelaki ni, rasanya dia tak datang kot minggu pertama kelas. Saya mula perasan dia ni waktu madam suruh pilih ahli kumpulan, di dalam kumpulan kami ni ada kawan dia yang sama course. So kawan dia ni tanya la dekat kami ada kosong dak lagi sebab kalau ada kosong dia nak masukkan kawan dia yang saya crush tu dalam satu kumpulan. Tapi malangnya, kumpulan kami dah cukup orang. HUHUHUHU😭 tapi tak pala asalkan satu kelas. Setiap kali kelas dia akan duduk dekat kerusi depan kami. Kenapa saya suka dia ni adalah sebab perwatakan dia yang comel setiap kali madam bahas dia dalam kelas. Lagi satu saya perasan dia ni selalu berpakaian kemas setiap kali  waktu kelas, rasanya dia ni tak pernah pakai baju t-shirt lagi kot p kelas walaupun madan benarkan pakai t-shirt p kelas. Satu perkara lagi tentang dia yang saya suka, dia fokus setiap kali madam tengah bercakap tapi tak sure laa fokus 100% or dak. Pada hari terakhir kelas, dia ni duduk betul-betul depan saya. Lepas tu dia berpaling ke belakang, dalam hati "eh kenapa dia kalih tengok aku ni"(tengah syok sendiri sat waktu tu😂), rupa-rupanya dia nak mintak tisu ja. Dalam kelas, madam selalu bahan dia hari ni tak pakai stokin sebelah lain dah ka.Saya rasa madam tahu siapa yang saya maksudkan ni....... Saya cuma suka perwatakan dia ja tau tak sampai fall in love pon.

No comments:

Post a Comment