Translate

Tuesday, 21 May 2019

pengurusan pembelajaran (kps3014)


BAB 1 : SOSIOLOGI DAN PEMBELAJARAN

https://drive.google.com/open?id=1mpVx_Mltm9h8wSTrYVpYv8L6g0a4zJdP


Secara amnya, saya mempelajari bab ini dan saya memahami bahawa sosiologi dan pembelajaran penting dalam pendekatan pengajaran guru kerana dengan ini murid mampu membentuk konsep diri yang positif serta meningkatkan kualiti hidup serta daya sosial pergaulan bersama rakan sebayanya. Sosiologi juga dikaitkan dengan objek iaitu masyarakat yang memerlukan ilmu sosiologi bagi meningkatkan kemampuan seseorang untuk menyesuaikan diri atau beradaptasi dengan lingkungan sosialnya. Setelah selesai membincangkan berkaitan topik yang dipelajari, guru mengadakan aktiviti yang dikenali sebagai ‘kenali rakan anda’. Setiap pelajar diagihkan kepada beberapa kumpulan dengan diberi nombor. Pelajar tidak mengenali antara satu sama lain dalam kumpulan tersebut. Oleh itu, aktiviti ini berupaya membuat pelajar tersebut kenal antara satu sama lain. Pelajar diberi kertas dan diminta memberi ‘first impression’ terhadap ahli kumpulan tersebut. Melalui aktiviti yang dijalankan, hal ini dapat dirumuskan bahawa hubungan yang baik dapat diwujudkan sekiranya pelajar memahami pengertian sosiologi dengan baik.

BAB 2 : INTERAKSI DAN PEMBELAJARAN

https://drive.google.com/open?id=1KKviVUgcnpDbOugG36nsvIH2nEDa9dIh


Tajuk dalam bab ini membincangkan amalan komunikasi dan interaksi yang berkesan dalam luar bilik darjah. Ini merangkumi tajuk-tajuk seperti konsep komunikasi, model-model komunikasi, kepentingan, gangguan dan halangan komunikasi serta cara-cara komunikasi yang berkesan dalam bilik darjah. Bab ini turut menghuraikan tajuk- tajuk seperti konsep interaksi, pola interaksi, kepentingan dan halangan dalam interaksi serta cara-cara mewujudkan interaksi yang berkesan dalam bilik darjah. Terdapat dua jenis komunikasi iaitu komunikasi lisan dan komunikasi bukan lisan. Komunikasi dan interaksi di dalam bilik darjah adalah penting dalam usaha mewujudkan proses pengajaran dan pembelajaran yang efektif. Guru yang tiada kemahiran komunikasi dan interaksi akan mewujudkan kelas yang tidak konduksi menyebabkan murid-muridnya tidak bermotivasi. Oleh itu, seorang guru perlu menguasai kemahiran berkomunikasi agar proses pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan dengan berkesan serta mencapai objektifnya. Selain itu, pensyarah juga menerangkan jenis interaksi yang paling berkesan untuk digunakan dalam proses pengajian abad ke-21 dan kaedah kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT). Secara kesimpulannya adalah interaksi dua hala adalah paling berkesan.

BAB 3 : KAJIAN PENGURUSAN DAN PEMBELAJARAN PELAJAR
https://drive.google.com/open?id=11DgYpKyeBC3iLTqu6NaAXlA2ZLDjNAXL


Pengurusan pengajaran dan pembelajaran merupakan satu proses daripada persediaan untuk mengajar, melakukan pengajaran, menilai kembali apa yang telah diajar serta melakukan tindakan susulan bagi menyempurnakan proses pengajaran itu. Seterusnya, pembelajaran ialah proses perubahan struktur mental yang membina keupayaan tingkah laku yang berbeza manakala pengurusan pengajaran dan pembelajaran melibatkan proses-proses seperti merancang, melaksana, menilai dan membuat tindakan susulan termasuk penambahbaikan terhadap pengajaran dan pembelajaran dengan mengambil kira latar belakang pelajar, dan kepelbagaian perbezaan dari segi kognitif, sosial, emosi dan fizikal pelajar. Selain itu, ciri-ciri seorang pengurus pengajaran dan pembelajaran berkesan termasuk prihatin dan peka terhadap situasi sekeliling; sistematik dalam merancang dan menilai; penyabar menghadapi kerenah murid pelbagai latar belakang, mengurus masa dengan baik dan dapat berkomunikasi dan berinteraksi dengan pelajar dengan berkesan.

BAB 4 : KEPIMPINAN DAN ORGANISASI

https://drive.google.com/open?id=17kIeB7iP68ft4whlBJemkBIdGjwOAKIF


Strategi Pengajaran dan Pembelajaran Interaksi dan komunikasi berlaku di antara guru dan bahan pengajaran, atau di antara pelajar dengan bahan pengajaran Pengajaran guru juga lebih bermakna, menarik minat dan berkesan. Kaedah ini dapat membuka ruang kepada pelajar untuk lebih banyak berinteraksi. Strategi dan kaedah pengajaran berfungsi sebagai satu panduan pengajaran ke arah keberkesanan dalam usaha menyampaikan ilmu dengan menggunakan paling tepat mengikut kreativiti sendiri. Dalam pemilihan tersebut terdapat pelbagai perkara yang perlu dipertimbangkan, antaranya keadaan pelajar yang mencakupi penilaian tentang tingkat kecerdasan, kematangan dan perbezaan individu. Kepimpinan dan organisasi amat penting bagi membangunkan sesebuah organisasi. Di dalam organisasi ada ahli-ahli yang menyokong pemimpinnya. Pengetua berperanan sebagai pemimpin. Setiap guru ada peranan masing-masing. Terdapat beberapa gaya kepimpinan iaitu autokratik, demokratik, Laissez- Faire dan kontigensi. Namun jenis kepimpinan yang terbaik adalah dengan melaksanakannya mengikut situasi tidak hanya pada satu jenis sahaja kerana keupayaan pelajaar adalah tidak sama. Oleh itu, di dalam sesebuah organisasi perlu ada carta organisasi yang lengkap dan tersusun.




BAB 5 : PENGURUSAN MURID

https://drive.google.com/open?id=1-hH2q5fy9ypI1ZkE0tieB6l35gBlQhV3


Secara konklusinya, pengurusan murid merangkumi aspek utama yang terdiri daripada merekod murid, persediaan murid untuk belajar dan memotivasikan murid. Bagi mendapatkan impak yang berjaya pengurusan murid di sesebuah institusi pendidikan tersebut haruslah dikendalikan dengan penuh komitmen dan kerjasama dari semua pihak yang terlibat seperti jawatan tertinggi di sekolah yang mentadbir sekolah dan dibantu pula oleh guru, kaunselor serta ibu bapa murid itu sendiri. Suatu pengurusan murid yang baik dapat melahirkan murid yang cemerlang dan mempunyai semangat untuk belajar yang tinggi kerana melalui rekod pelajar yang dicatat oleh guru bagi seseorang pelajar merangkumi segala perkembangan, kebolehan, kemajuan serta pencapaian murid. Maka, segala yang telah direkodkan boleh dijadikan rujukan bagi guru dan ibu bapa untuk membantu memastikan murid tersebut dapat mengekalkan prestasi akademik dan juga sahsiah murid serta dapat membantu pihak sekolah untuk menghubungi keluarga murid sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini kepada pelajar seperti kemalangan atau perkara yang berkaitan disiplin. Selain daripada itu, pengurusan murid juga dapat membantu menarik minat murid untuk belajar kerana melalui persediaan sebelum belajar yang telah disediakan oleh pihak sekolah. Persediaan yang dimaksudkan adalah persediaan dari segi kognitif, afektif dan juga psikomotor. Hal ini dapat membantu murid untuk lebih bersedia dan berkeyakinan sebelum memulakan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Misalnya, antara persediaan dari segi kognitif yang boleh disediakan adalah dengan mendedahkan murid terhadap sukatan pelajaran dalam mata pelajaran yang akan mereka pelajari. Secara tidak langsung, murid akan lebih bersedia untuk memulakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

BAB 6 : PENGURUSAN BILIK DARJAH

https://drive.google.com/open?id=1nhIqEGDXu27lR3k4D1wPf0nYOAVnHcAa


Topik ini menerangkan mengenai pengurusan bilik darjah. Dua pengurusan sumber yang perlu dikuasai oleh guru adalah pengurusan sumber manusia dan sumber fizikal. sumber manusia merupakan satu faktor yang perlu diberi perhatian bagi memastikan visi dan misi untuk kepentingan manusia itu sendiri dalam sesebuah organisasi dapat dilestarikan secara optimum. Manakala, Sumber fizikal adalah sumber yang berkaitan dengan kebendaan atau alam semula jadi. Manakala sumber fizikal di dalam bilik darjah pula seperti yang kita tahu merangkumi segala kemudahan dan peralatan yang terdapat di dalamnya seperti kerusi meja untuk pelajar dan guru, papan hitam, papan kenyataan, ruang bacaan, almari buku, alat bantu mengajar (ABM) dan sebagainya. Selain itu, ilmu yang perlu diterapkan dalam diri seseorang guru itu adalah ilmu pengurusan bilik darjah, ilmu interaksi yang berkesan, ilmu pengurusan bilik darjah, ilmu pengurusan iklim bilik darjah, dan ilmu pembelajaran dan pengajaran. Kesemua aspek ini perlu dikuasai oleh seseorang guru sewaktu mengajar di dalam bilik darjah. Kemahiran juga diperlukan untuk mengurus bilik darjah. Kemahiran pengurusan sumber fizikal, bahan mengajar, pengurusan kaunseling, kemahiran pengajaran dan pembelajaran serta kemahiran pengurusan sumber manusia. Strategi yang berkesan juga diperlukan sewaktu mengurus bilik darjah. Antara strateginya adalah seperti perancangan murid, perancangan bilik darjah, wujudkan suasana konduksi, dan menyampaikan pengajaran dengan menggunakan teknologi terkini. Antara aktiviti adalah senaman untuk kami hilangkan mengantuk, susunan kotak mancis untuk melihat kumpulan mana boleh membuat satu menara yang paling tinggi dan kukuh. Selain itu, aktiviti susunan puzzle di mana diberi satu puzzle untuk disusun dan bagaimana untuk interaksi dengan ahli kumpulan yang lain untuk menyiapkan tugasan dan aktiviti-aktiviti lain juga. Dalam topik ini juga, pensyarah meminta perkongsian idea tentang suasana bilik darjah yang diinginkan oleh pelajar untuk keselesaan dan pencapaian matlamat yang ingin dicapai mengikut perkembangan semasa.

isu semasa
keratan akhbar diatas diambil daripada laman web kosmo online (http://www.kosmo.com.my/negara/hfmd-sebuah-bilik-darjah-ditutup-36-murid-diarah-cuti-10-hari-1.716079). keratan akhbar ini menceritakan tentang Sebuah kelas di Sekolah Rendah Taman Tun Dr Ismail 2 di sini diarahkan tutup dan kesemua 36 murid bercuti 10 hari selepas empat daripadanya dijangkiti penyakit tangan, kaki dan mulut(HFMD). Pegawai Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang dihubungi Bernama hari ini mengesahkan terdapat empat kes HFMD dilaporkan membabitkan murid lelaki tahun tiga sekolah itu.
     Menurut apa yang saya belajar didalam kelas, pengurusan bilik darjah merujuk kepada set tingkah laku guru yang meliputi pelbagai aspek di mana guru akan membentuk dan mengekalkan kondisi pembelajaran seperti yang diharapkan. Lemlech (1998) mengibaratkan pengurusan bilik darjah sebagai okestra dalam kehidupan di bilik darjah yang memerlukan pembentukan kurikulim, penyelengaraan prosedur dan sumber pengajaran. Beliau juga menekankan tentang pentingnya penyusunan suasana bilik darjah bagi meamksimumkan keberkesanan, pemantauan perkembangan pelajar serta tanggungjawab guru dalam memikirkan terlebih dahulu masalah-malasah yang berkemungkinan akan timbul. Selain itu, penyusunan bilik darjah merangkumi aspek penyusunan kerusi dan meja serta peminjaman cukupnya cahaya dan udara untuk pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dan berkualiti.

BAB 7 : PENGURUSAN SUMBER

https://drive.google.com/open?id=1K-yGuew0SmRSt6kxJOhtTr9Gfq5azLWk


Pengajaran dan pembelajaran berasaskan sumber ialah segala usaha guru bagi melengkapkan pendekatan dan strategi pengajaran dengan melibatkan pelajar supaya belajar melalui penggunaan sumber-sumber pembelajaran. Antara sumber yang sering digunakan oleh pelajar dan guru di sekolah ialah pusat sumber. Pusat Sumber Sekolah (PSS) adalah sebuah tempat yang menyediakan kemudahan serta koleksi bahan pengajaran dan pembelajaran yang diurus secara sistematis. Secara umum, bahan bermakna apa sahaja yang digunakan dalam pengajaran termasuklah pengetahuan dan nilai-nilai. Dari segi teknologi pendidikan, apa yang diguna untuk menyampaikan pengajaran dan menjadi rangsangan pelajaran digolongkan sebagai media pendidikan. Koleksi bahan buku dan bukan buku yang boleh membantu dalam proses pengajaran dan pembelajaran sama ada bagi keperluan guru atau murid. Antara komponen pembelajaran berasaskan sumber ialah (1) penggunaan buku teks, (2) aktiviti penelitian, (3) pencarian bahan dari pelbagai sumber, (4) latihan penyelesaian masalah dan (5) penggunaan alat pandang dengar.

isu semasa

keratan akhbar diatas dipeti dari laman sesawang berita harian (https://www.bharian.com.my/rencana/surat-pembaca/2018/06/436564/pustakawan-mesti-kreatif-inovatif-seiring-revolusi-industri-40). petikan akhbar diatas menceritakan tentang  Pengurus sesebuah perpustakaan perlu membuka minda dan berfikir secara kreatif dengan memasukkan elemen luar seperti kafe, pusat permainan, restoran makanan segera atau taman rekreasi untuk memberi suntikan kepada seni rekaan dalaman sesebuah perpustakaan.Ia akan menjadikan perpustakaan sebagai tempat yang menarik kepada pengguna, khususnya generasi muda.Perpustakaan universiti contohnya, sering dijadikan tempat untuk bergambar sebagai mengabadikan kenangan menghadiri majlis konvokesyen.Oleh itu kita perlu mengharapkan pelajar tidak menjadikan perpustakaan sebagai lokasi bergambar sahaja, sebaliknya selama bergelar pelajar menjadikan perpustakaan sebagai tempat wajib.
     Menurut apa yang saya belajar didalam kelas ialah pusat sumber sekolah merupakan Suatu tempat  yang memberikan suasana pembelajaran kendiri yang selesa. Ia jua merupakan satu perkhidmatan  yang ditawarkan membolehkan pelanggan mendapat dan mengamal kemahiran dalam pembelajaran. Selain itu, pusat sumber juga merupakan satu tempat yang mempunyai Koleksi bahan yang disediakan lengkap dan kemaskini sejajar dengan perkembangan pendidikan. Pusat sumber sekolah juga merupakan pusat mengakses maklumat yang mengandungi pelbagai sumber cetak dan bukan cetak, eloktronik dan digital yang diurus secara sistematik bagi menyokong kualiti pengajaran dan pembelajaran. 


BAB 8 : PENGURUSAN BILIK PEMBELAJARAN
https://drive.google.com/open?id=1QLYXarOCO0oF3dQQjZgkFdHWNqHOXxHq


Topik ini menerangkan mengenai pengurusan bilik darjah. Dua pengurusan sumber yang perlu dikuasai oleh guru adalah pengurusan sumber manusia dan sumber fizikal. sumber manusia merupakan satu faktor yang perlu diberi perhatian bagi memastikan visi dan misi untuk kepentingan manusia itu sendiri dalam sesebuah organisasi dapat dilestarikan secara optimum. Manakala, Sumber fizikal adalah sumber yang berkaitan dengan kebendaan atau alam semula jadi. Manakala sumber fizikal di dalam bilik darjah pula seperti yang kita tahu merangkumi segala kemudahan dan peralatan yang terdapat di dalamnya seperti kerusi meja untuk pelajar dan guru, papan hitam, papan kenyataan, ruang bacaan, almari buku, alat bantu mengajar (ABM) dan sebagainya. Selain itu, ilmu yang perlu diterapkan dalam diri seseorang guru itu adalah ilmu pengurusan bilik darjah, ilmu interaksi yang berkesan, ilmu pengurusan bilik darjah, ilmu pengurusan iklim bilik darjah, dan ilmu pembelajaran dan pengajaran. Kesemua aspek ini perlu dikuasai oleh seseorang guru sewaktu mengajar di dalam bilik darjah. Kemahiran juga diperlukan untuk mengurus bilik darjah. Kemahiran pengurusan sumber fizikal, bahan mengajar, pengurusan kaunseling, kemahiran pengajaran dan pembelajaran serta kemahiran pengurusan sumber manusia. Strategi yang berkesan juga diperlukan sewaktu mengurus bilik darjah. Antara strateginya adalah seperti perancangan murid, perancangan bilik darjah, wujudkan suasana konduksi, dan menyampaikan pengajaran dengan menggunakan teknologi terkini.

isu semasa

keratan akhbar diatas diambil daripada laman web berita harian (https://www.bharian.com.my/berita/pendidikan/2017/10/337703/pembelajaran-abad-ke-21-di-semua-sekolah). keretan akhbar ini memceritakan tentang konsep pembelajaran abad ke-21 di semua sekolah. Konsep Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK-21) yang menjadi elemen penting Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) diperluas ke semua sekolah dalam tempoh lima hingga 10 tahun akan datang.Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid, berkata usaha itu akan digerakkan secara berperingkat-peringkat bergantung kepada peruntukan diluluskan Kementerian Kewangan.Beliau berkata, tempoh lima hingga 10 tahun itu diperlukan berikutan usaha melengkapi sekolah dengan keperluan elemen PAK-21 memerlukan kos yang tinggi, khususnya bagi tujuan pengubahsuaian kelas.
     Pengurusan bilik darjah didefinisikan sebagai tindakan dan strategi yang digunakan untuk mengekalkan peraturan bilik darjah. Seorang guru perlu membina keadaan bilik darjah yang kondusif dan mengurus disiplin murid secara berkesan. Selain mengajar, guru juga berperanan sebagai pengurus, iaitu mengurus rutin bilik darjah, mengurus murid-murid supaya menjalankan tugas mereka mengikut jadual bertugas seperti membersikan bilik darjah dan menyusun kerusi dan meja, mengurus murid-murid supaya mematuhi segala peraturan bilik darjah, mengurus keadaan fizikil bilik darjah supaya menjadi lebih kondusif untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran, mengurus bahan-bahan pengajaran supaya dapat digunakan dengan lebih berkesan, dan mengurus aktiviti kumpulan supaya dapat dilaksanakan mengikut rancangan.
BAB 9 : PENGURUSAN DISIPLIN
https://drive.google.com/open?id=1FBwV6NjTFSdVjqt1-5WJVx-nUa7CwmAV


Pelajar bersetuju bahawa disiplin ialah latihan supaya boleh mengawal diri sendiri mengikut peraturan yang ditetapkan. Majoriti pelajar mengatakan bahawa kepatuhan kepada peraturan sekolah boleh membentuk pelajar menjadi individu yang bertanggungjawab dan disiplin diadakan untuk mewujudkan suasana yang harmoni di sekolah. Sebahagian besar pelajar berpendapat disiplin sekolah amat penting untuk menjamin kesejahteraan pelajar, guru dan sekolah bahkan mereka bersetuju bahawa penerangan mengenai peraturan sekolah telah disebarkan secara terperinci kepada pelajar. Majoriti pelajar juga berpendapat peraturan sekolah yang sedia ada perlu diubah suai mengikut peredaran semasa tetapi ada juga pelajar yang berpendapat peraturan yang ditetapkan di sekolah adalah sesuai dan tidak mengongkong. Kebanyakan pelajar tidak bersetuju bahawa membentuk disiplin secara paksaan adalah lebih berkesan kepada pelajar sekolah kerana pelajar akan memberontak jika mereka dipaksa melakukan perkara yang mereka tidak suka. Selain itu, ramai pelajar bersetuju bahawa hanya orang yang berdisiplin sahaja boleh berjaya dan sebab itulah pelajar sentiasa berusaha mematuhi peraturan sekolah walaupun peraturan itu tidak rasional. Majoriti pelajar bersetuju bahawa kesedaran diri pelajar itu sendiri lebih baik dalam membentuk disiplin yang berkesan. Oleh kerana itu, ramai pelajar yang tidak bersetuju memakai pakaian menutup aurat kerana terpaksa mematuhi peraturan sekolah. Dengan wujudnya kesedaran diri sendiri berbantukan keimanan yang jitu dalam diri pelajar dapat mendorong mereka mematuhi disiplin yang ditetapkan dengan kerelaan diri sendiri.

isu semasa


keratan akhbar ini diambil daripada utusan online(http://www.utusan.com.my/rencana/forum/salah-laku-pelajar-kian-serius-1.738288). Keratan akhbar ini mengambarkan serba sedikit tentang masalah disiplin yang dilakukan oleh pelajar kita pada hari ini iaitu ponteng sekolah dan merokok.
     Daripada apa yang saya belajar didalam kelas, jika terdapat pelajar yang bermasalah, guru disiplin perlu memainkan peranannya iaitu mengambil tindakan yang wajar terhadap masalah disiplin yang dilakukan oleh pelajar tersebut. Antara tindakan yang boleh diambil adalah memberi amaran lisan sebanyan 3 kali, jika tiada perubahan tindakan yang seterusnya adalah memberi denda kepada pelajar tersebut dan jika tiada perubahan juga guru disiplin boleh mengambil tindakan membuat kelas tahanan terhadap pelajar tersebut. Seterusnya jika tiada perubahan juga, guru disiplin boleh mengeluarkan amaran bersurat sehingga 3 kali dan jika tiada perubahan juga guru disiplin boleh mengambil tindakan rotan pelajar tersebut. Seterusnya, guru disiplin boleh mengambil tindakan gantung sekolah jika masih tiada perubahan yang dilakukan oleh pelajar tersebut. Akhir sekali, jika masih tiada perubahan yang dilakukan, pelajar tersebut boleh dibuang sekolah. Pelajar tersebut juga perlu mendapatkan bimbingan kaunseling oleh guru kaunseling sekolah itu.




BAB 10 : PENGURUSAN BIMBINGAN DAN PENASIHATAN
https://drive.google.com/open?id=1cDSC35JSqStZgB4a7mFUepD_92qzGm_n


Konsep penasihatan Zuraidah (1994), memberi nasihat adalah strategi menyelesaikan masalah tanpa memikirkan perasaan individu yang terlibat Kamus dewan, nasihat ialah ajaran, petunjuk, yang baik, peringatan, mengusulkan, mengesyorkan ataupun menganjurkan kepada seseorang tentang pelbagai hal. Gibson dan Mitchell (1999), nasihat digunakan bagi menyediakan klien dengan maklumat baru dan berguna. Ia juga mengajar bagaimana untuk berfikir dan bertindak. Ciri-ciri penasihat berfokus kepada permasalahan yang dihadapi daripada menumpukan kepada diri individu yang bermasalah, berbentuk arahan atau suruhan daripada seorang yang dianggap lebih berautoriti kepada orang lain. Orang yang berautoriti ini adalah lebih berpengalaman, banyak pengetahuan dan pengiktirafan. Memberi nasihat adalah strategi yang paling cepat untuk mengatasi permasalahan jika nasihat itu meninggalkan kesan. Tiga cara bagi menghadiri sesi kaunseling dan bimbingan iaitu secara sukarela, rujukan (di buat oleh pihak HEM) dan dijemput (dihantar surat bagi menghadiri sesi tersebut). Kemudian, ciri-ciri pelajar yang perlu diberi kaunseling dan bimbingan ialah murid yang mempunyai masalah sahsiah, masalah peribadi dan masalah disiplin (terutamanya pelajar asrama).

isu semasa

keratan diatas diambil daripada berita lima online (https://beritalima.com/cara-peserta-didik-merekontruksi-masalah-dengan-bimbingan-guru-bk/). menurut keratan diatas adalah sebagai guru bimbingan konseling atau konselor harus mengetahui dan peka terhadap peserta didik kita bahwa selain perkembangan apakah ada bentuk-bentuk gangguan kesehatan mental di sekolah yang mempengaruhi perkembangan peserta didik tersebut. Disinilah peran guru bimbingan konseling yang seharusnya bisa mengatasi permasalahan perkembangan terhadap peserta didik. Para siswa di sekolah tidak semuanya terbebas dari berbagai bentuk gangguan kesehatan mental. Berikut ini merupakan bentuk kesehatan mental yang di maksud.
      Menurut apa yang saya belajar didalam kelas ialah bantuan yang diberikan oleh seseorang, baik lelaki dan perempuan, yang memiliki peribadi dan pendidikan yang memadai kepada seorang individu dari setiap peringkat usia untuk menolongnya mengarahkan kegiatan hidupnya sendiri, membuat pilihannya sendiri dan menanggung akibatnya sendiri (Crow & Crow, 1960). Bimbingan dan kaunseling juga adalah suatu proses untuk membantu individu memamahami dirinya dan dunia sekelilingnya supaya ia boleh menggunakan kebolehan, keupayaan dan bakat yang ada dengan sepenuhnya (Suradi, 1966) dan cara membantu orang lain atau suatu usaha menyediakan pengalaman untuk membantu pelajar memahami diri (Amla et al, 2006).  Terdapat beberapa ciri bimbingan, antaranya ialah bimbingan merupakan aktiviti yang dirancang. Ia bukanlah kegiatan yang dilakukan secara kebetulan, secara tiba-tiba, tidak sengaja dan sambil lewa tetapi ia adalah satu kegiatan yang tersusun, sengaja, berencana, berterusan dan mempunyai arah tujuan. Bimbingan merupakan proses membantu individu atau kumpulan. Manakala definini nasihat pula adalah Zuraidah (1994) berpendapat memberi nasihat ialah strategi menyelesaikan masalah tanpa memikirkan perasaan individu yang terlibat. Antara ciri penasihat adalah memberi nasihat adalah strategi yang paling cepat untuk mengatasi permasalahan jika nasihat itu meninggalkan kesan.





BAB 11 : PENGURUSAN PELBAGAI BUDAYA
https://drive.google.com/open?id=16Yoa_JdWcfEgqTUXCmydMhvi3l0xxnS3


Bab ini membolehkan kami mengetahui, memahami dan mengenalpasti gaya pembelajaran, pengurusan merentas budaya dan isu-isu budaya di sekolah. Pengurusan pelbagai budaya ialah suatu sistem pengurusan yang sistematik, teratur dan efektif adalah penting bagi memastikan kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran di samping dapat mencerminkan prestasi sekolah di mata masyarakat. Topik ini juga menyentuh mengenai kepelbagaian budaya dalam kalangan murid. Murid yang berbeza budaya ini memerlukan pengurusan yang baik untuk menguruskannya. Pelbagai aspek yang perlu dilihat terlebih dahulu seperti kelas kehidupan, agama, jantina, orientasi seksual, bahasa, umur, kenegerian, kenegaraan dan juga kaum atau etnik sebelum pengurusan pelbagai budaya itu dijalankan. Pengurusan merentasi budaya ini juga merangkumi pembinaan persekitaran bilik darjah yang mesra budaya iaitu yang melibatkan aspek fizikal bilik darjah, dan sudut-sudut pembelajaran dan bacaan. Selain itu, pengurusan persekitaran bilik darjah yang mesra budaya adalah amat penting bagi menjamin kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran terutamanya bilik darjah yang melibatkan kepelbagaian latar belakang etnik. Hal ini dapat membantu guru mencapai matlamat pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan murid-murid yang mempunyai kepelbagaian etnik. Guru seharusnya memiliki gaya kepimpinan, kemahiran merancang, kecekapan mengurus, kepelbagaian dalam pengajaran dan pembelajaran, kebijaksanaan interpersonal, kemahiran berkomunikasi, kemahiran kaunseling dan mampu mengendalikan Teknologi Maklumat dan Komunikasi. Adalah tanggungjawab guru untuk menyediakan persekitaran fizikal efektif bagi membantu perkembangan murid. Keadaan atau suasana sekolah yang tenang dan nyaman dan sesuai untuk proses pengajaran dan pembelajaran. Akhir kata, peranan guru juga diperlukan sebagai ‘Physical Environment Designer’. Tambahan pula kurikulum mata pelajaran yang diajar, penerapan nilai murni dan program Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan turut terlibat. Isu kepelbagaian budaya murid seperti bahasa melayu sebagai bahasa pengantar, masyarakat majmuk, penyatuan jati diri Malaysia, belia generasi negara, dan sekolah wawasan menjadi isu dalam pengurusan pelbagai budaya ini yang perlu diambil kira oleh semua bakal guru.

isu semasa


 Keratan akhbar diatas diambil daripada laman web astro awani  (http://www.astroawani.com/berita-malaysia/kementerian-pendidikan-mahu-penghayatan-budaya-kaum-ditekankan-208089). Melalui keratan akhbar ini mentari pendidikan mahu penghayatan budaya kaum ditekankan. Menurut menteri pendidikan, penghayatan budaya perlu ditekankan supaya dapat mengeratkan hubungan perpaduan antara setiap kaum. 
      menurut apa yang saya belajar didalam kelas, Definisi Satu sistem kepercayaan dan tingkah laku yang mengiktiraf dan menghormati kewujudan kepelbagaian dalam kelompok sebuah organisasi atau masyarakat, mengakui dan menghargai perbezaan sosiobudaya, dan menggalakkan dan menerima sumbangan berterusan mereka dalam konteks dan budaya yang inklusif dalam organisasi atau masyarakat berkenaan. Pendidikan pelbagai budaya ialah proses atau strategi pendidikan yang melibatkan lebih daripada satu budaya, yang ditunjukkan melalui bahasa, etnik, atau ciri-ciri ras (Saha, 1997).Pendidikan pelbagai budaya boleh berlaku dalam pendidikan formal atau tidak formal.Tujuan pendidikan pelbagai budaya adalah untuk mewujudkan kesedaran, toleransi, pemahaman, dan pengetahuan yang mengambil kira perbezaan dan persamaan antara budaya dan kaitannya dengan pandangan dunia, konsep, nilai, keyakinan, dan sikap.



BAB 12 : PENGURUSAN PELBAGAI UPAYA
https://drive.google.com/open?id=1S8qQblZwurgTNJGzo2ToXjGOtyeGdUuh


Pengurusan murid merupakan satu agenda penting dalam sebuah institusi pendidikan. Menurut Khairul Yusri (2007) pelbagai upaya adalah, perbezaan pelajar adalah dari segi ketaksamaan aspek pembangunan dan perkembangan secara fizikal, mental, emosi dan keupayaan dalam kalangan pelajar. Pengurusan murid yang efektif mampu memberikan impak yang mendalam terhadap personaliti murid seperti tingkah laku, kemahiran berfikir, kecerdasan kognitif, intrapersonal dan interpersonal. Lantaran ini kerana ianya selaras dengan perkara yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang mahukan sistem pendidikan di Malaysia dapat melahirkan murid yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani (JERI).  Selain itu, kaedah pemulihan dan pengayaan diguna pakai bergantung kepada masalah seseorang murid itu. Dalam aspek pemulihan proses pengajaran berfokus kepada punca masalah ketidakupayaan seseorang murid yang menghalangnya berfungsi secara normal. Ketidakupayaan murid tersebut bukanlah berpunca daripada kecacatan tetapi disebabkan gangguan yang ada pada diri (psikologi). Program Pemulihan Khas diwujudkan bagi menguasai kemahiran-kemahiran asas 3M yang belum dikuasai mengikut piawaian yang ditetapkan. Di samping itu, pengayaan merupakan aktiviti tambahan yang lebih kompleks kepada aktiviti asas pembelajaran yang dilakukan sama ada semasa sesi persekolahan atau di luar waktu persekolahan kompleks tetapi bersifat menarik dan mencabar. Tujuan program pengayaan ialah untuk meluaskan pengetahuan dan pengalaman disamping mengukuhkan kemahiran yang sedang dipelajari. Terdapat juga pelbagai kecerdasan dalam kalangan murid. Setiap murid mempunyai kecerdasan yang berbeza-beza. Setiap kecerdasan perlu dinilai sama rata dan sama berat. Seterusnya, kecerdasan murid dapat dipertingkatkan melalui peluang pendidikan seperti menyediakan persekitaran yang kaya dengan bahan dan aktiviti yang menyeronokkan. Manakala, murid berkeperluan khas boleh ditakrifkan sebagai golongan murid istimewa yang kurang berupaya (disabled), murid pintar cerdas (gifted), murid berisiko (at risk) dan murid bermasalah dari segi pembelajaran dan tingkah laku. Pengurusan murid yang dikendalikan oleh guru di sekolah dapat membantu menarik minat murid untuk belajar dan memperkembangkan kebolehan mereka dari segi kognitif, afektif, dan psikomotor. Dalam tajuk, apa yang dapat lihat adalah pemulihan, pengayaan, pelbagai kecerdasan dan berkeperluan khas mempunyai hubungkait di antara satu sama lain dan guru di sekolah haruslah kreatif dalam menjalankan P&P di dalam kelas serta bijak dalam memberikan pendidikan kepada murid mengikut tahap mereka. Tambahan lagi, kecerdasan bukan hanya dilihat dari nilai yang diperolehi seseorang. Hal ini kerana kecerdasan merupakan kemampuan yang dimiliki oleh seseorang untuk melihat sesuatu masalah dan seterusnya berupaya menyelesaikan masalah tersebut atau membuat sesuatu yang berguna kepada orang lain. Kecerdasan Pelbagai yang mencakupi sembilan kecerdasan pada dasarnya merupakan pengembangan dari kecerdasan otak (IQ), kecerdasan emosional (EQ) dan kecerdasan spiritual (SQ).

isu semasa

Keratan akhbar diatas diambil daripada  utusan online (http://www.utusan.com.my/berita/nasional/bukti-oku-mampu-berjaya-1.776366). Keratan akhbar ini telah membuktikan bahawa orang kurang upaya juga mampu untuk berjaya didalam pendidikan. Walaupun pelajar tersebut tidak mempunyai tangan dan kaki, pelajar tersebut mampu menamatkan pengajian di peringkat tinggi. Hal ini pasti telah membuka mata pelajar-pelajar yang lain untuk belajar.
       Apa yang saya belajar didalam kelas mengenai tajuk ini adalah bagaimana pengurusan yang khusus kepada pelajar yang berkeperluan khas. Program-program pendidikan yang menggunakan kaedah-kaedah khusus dan sesuai untuk memenuhi keperluan-keperluan perkembangan fizikal, intelek, emosi dan sosial individu-individu yang berkeperluan khas. Antara program yang dijalankan ialah program pemulihan. Program pemulihan merupakan “satu program pendidikan untuk murid yang mengalami masalah dalam  penguasaan kemahiran 3M yang kompleks disebabkan oleh faktor persekitaran. Program ini dijalankan oleh guru yang khusus, di ruang yang khusus.” Murid pemulihan merupakan “Murid yang menghadapi kesukaran dalam penguasaan kemahiran asas 3M disebabkan oleh faktor persekitaran dan bukan kognitif”.
             


BAB 13 : SEKOLAH DAN PERSEKITARAN

https://drive.google.com/open?id=15RRq1Aq4fFoP8VfDQ2Ksz4fHMCIsz_n2


Memang tidak dapat dinafikan bahawa manusia cinta akan sesuatu yang cantik, bersih dan ceria. Begitulah juga dengan pelajar-pelajar sekolah yang memerlukan persekitaran sekolah yang baik bagi merangsang pembentukan jiwa yang tenang dan aman dalam menimba ilmu pengetahuan. Jadi tidak hairanlah mengapa pihak pengurusan sekolah amat menekankan aspek iklim dan persekitaran sekolah yang baik. Mana mungkin pelajar dapat belajar dengan tenteram sekiranya persekitaran sekolahnya kucar kacir, kotor, berbau dan bising. Pada kebiasaanya, sebuah sekolah yang iklimnya dianggap positif mempunyai ciri-ciri fizikal sekolah yang bersih dan menarik, hubungan sosial yang baik antara semua warga sekolah serta suasana kerja yang produktif. Manakala iklim negatif atau tertutup lazimnya mempunyai keadaan sekolah yang kucar-kacir, kurang selamat, tidak tenteram dan teratur, malah sering menghadapi konflik dan masalah disiplin (Mok Soon Sang, 2003). Secara tidak langsung, iklim dan persekitaran sekolah akan membawa pengaruh yang penting terhadap pembentukan tingkah laku, imej mental, aspirasi dan interaksi sosial bagi anggota-anggota di dalamnya (Abdullah Sani bin Yahya, 2007).  Terdapat kajian yang menunjukkan bahawa sekolah yang berpencapaiaan tinggi mempunyai tahap keceriaan yang lebih baik berbanding sekolah yang persekitarannya kurang ceria (Mohd Redzauddin bin Ismail, 2008). Oleh hal yang demikian, suasana dan iklim sekolah adalah amat penting dalam membantu pelajar untuk belajar dengan tenteram dan selesa. Selain itu, apabila kawasan persekitaran sekolah yang cantik dan ceria, pelajar tidak akan jemu untuk hadir ke sekolah lagi kerana merasa bahagia berada di kawasan sekolah. Hal ini bukan sahaja dapat mengelakkan masalah ponteng sekolah dalam kalangan pelajar malah masalah disiplin pelajar dapat dikurangkan kerana emosi pelajar tidak terganggu. Dalam masa yang sama, sesebuah sekolah yang cantik dan menarik pasti akan mendapat pujian daripada pelbagai pihak terutamanya ibu bapa pelajar yang menghantar anak-anak mereka ke sekolah. Mereka akan bertambah yakin dengan pihak pentadbiran sekolah yang mampu mewujudkan suasana sekolah yang kondusif bagi membantu proses pembelajaran anak-anak mereka. Tetapi tidak dinafikan terdapat halangan-halangan tertentu dalam merealisasikan hasrat tersebut. Salah satu halangan terhadap melaksanakan sesuatu projek keceriaan biasanya timbul daripada masalah kewangan. Dalam hal ini, semua pihak patut bekerjasama termasuklah, pengetua, guru-guru, staf-staf sekolah, para pelajar dan pihak Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG). Pihak sekolah perlu berusaha mencari penaja, pelajar pula boleh menjalankan kutipan derma melalui program-program tertentu, guru-guru pula membantu para pelajar menjalankan program-program amal. Sekiranya iklim dan persekitaran sekolah dalam keadaan yang bersih dan ceria, sudah pasti motivasi dan prestasi pelajar dapat ditingkatkan ke tahap yang optimum seterusnya mewujudkan budaya sekolah yang positif dan cergas.

isu semasa

keratan akhbar diatas dipetik daripada utusan online(http://www.utusan.com.my/pendidikan/sekolah/bubur-lambuk-pengerat-hubungan-pibg-murid-dan-sekolah-1.906771).  Keratan akhbar itu menunjukkan tentang keakrapan hubungan PIBG dengan pihak sekolah. Bubur lambuk mampu mengeratkan hubungan ibu bapa dan pihak sekolah, khususnya para guru, itulah tujuan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Bukit Teratai, Ampang dekat sini, yang menganjurkan Program Memasak dan Pengagihan Bubur Lambuk secara gotong-royong di sekolah itu hari ini.
     Antara perkara yang saya belajar didalam kelas mengenai topik ini ialah bentuk jalinan tiga demensi interaksi sekolah. Jalinan tiga demensi interaksi sekolah ini melibatkan sekolah, pentadbiran, guru, pelajar dan masyarakat. Di sekolah, tiga pihak yang secara langsung terlibat dalam jalinan interaksi ialah pihak pentadbir, guru, murid.Tiga dimensi interaksi dengan pihak luar melibatkan sekolah, ibu bapa, dan komuniti dalam masyarakat.Terdapat hubungan antara faktor-faktor luar sekolah dengan faktor-faktor dalaman sekolah. Misalnya faktor-faktor seperti kelas sosial, etnik, dan gender, mempengaruhi corak pembelajaran dan sahsiah murid di sekolahFaktor-faktor dalaman sekolah seperti gaya kepimpinan, peranan para guru, dan bentuk interaksi yang berlaku menyumbang kepada pencapaian dan sahsiah murid di sekolah. Bagi interaksi dalaman sekolah, situasi pengajaran dan pembelajaran ditentukan oleh kepimpinan yang berkesan. Kepimpinan yang berkesan mampu mencapai matlamat masyarakat terutama dari segi pencapaian akademik dan sahsiahPengetua harus mempunyai interaksi yang positif dengan guru-guru dan begitulah sebaliknya. Selain itu, di sekolah juga perlu menjalin hubungan yang baik antara waris. Oleh itu, di setiap sekolah mempunyai Persatuan Ibu Bapa dan Guru(PIBG). Persatuan Ibu Bapa dan Guru ( PIBG ) adalah sebuah organisasi yang penting terhadap perkembangan sesebuah sekolah.

BAB 14 : PENGURUSAN ALAM PEMBELAJARAN
https://drive.google.com/open?id=1BuNGhz3ahUsg_BgeENeEr_rqoNREjNsR



Topik ini, menghurai dan menyenaraikan teori motivasi, persediaan ke alam persekolahan serta kajian dan aksi guru di sekolah. Setiap bakal guru perlulah membuat persediaan dari segala sudut sebelum melangkah ke alam persekolahan. Persediaan yang rapi membolehkan guru menghadapi segala kemungkinan yang akan berlaku ketika proses pembelajaran dijalankan. Pembelajaran akan berjalan dengan lancar, menarik dan berkesan sekiranya guru menggunakan pelbagai kaedah yang bersesuaian dengan isi pelajaran dan kemahiran yang akan dicapai oleh murid. Guru perlu tahu untuk menyampaikan kandungan pelajaran berbentuk teori dan amali. Guru perlu sentiasa mengubahsuai strategi mengikut jangkaan keberkesanan penggunaan sesuatu kaedah. Guru yang berhasrat untuk menjadikan pengajarannya efektif, seharusnya membuat kajian atau penyelidikan mengenai kaedah yang paling sesuai untuk sesuatu isi pelajaran, topik atau kemahiran. Murid lebih tertarik kepada kaedah yang kemaskini dan menggunakan peralatan elektronik seperti komputer, internet, powerpoint, dan video. Justeru, guru yang bijak menggunakan gaya tingkah laku dan intonasi suara, bercerita, memek muka humor, akan tetap menarik minat pembelajaran dan murid mengikuti pengajaran secara efektif. Guru efektif sentiasa berfikir dan merancang aktiviti penglibatan murid-murid dalam pengajaran. Kemahiran berkomunikasi dan interaksi ke pendidikan pelbagai hala guru-murid, murid-murid, dan murid-guru menjadi teras keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Murid akan merasa pendapat dan kehadirannya diperlukan serta dihargai. Murid-murid perlu mengenali di antara satu sama lain, saling berinterkasi dan menggunakan panggilan baik-baik. Semasa menyampaikan pengajaran guru seharusnya mempunyai pemikiran positif dan bersangka-suka terhadap murid agar ilmu yang disampaikan diterima dengan hati terbuka, ikhlas, telus, tulus, berminda ceria dan humur. Memandang terus dan telus terhadap individu murid dan melihatnya dengan penuh empati serta. Guru seharusnya berkemahiran mengemukakan pelbagai jenis soalan dengan tujuan tertentu berasaskan konsep penyoalan. Di antara tujuan penyoalan ialah mendapatkan maklumat, menguji kefahaman, menimbulkan kepekaan, menarik perhatian, membayangkan jawapan, dan mengukuhkan pemahaman. Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran amat berkait rapat dengan pengurusan bilik darjah yang berdisiplin, susunan meja dan kerusi yang suasana belajar, persekitaran harmoni keilmuan, dan keceriaan wajah ilmuan. Lantaran sedemikian akan membolehkan guru melaksanakan perancangan pengajaran dengan berkesan dan pencapaian pembelajaran maksimum.  Sebagaimana yang kita ketahui, bilik darjah merupakan medan peranan, tanggungjawab dan amanah seseorang guru dalam melaksanakan akauntabiliti profesionnya. Seseorang guru dikategorikan sebagai efektif apabila pengajaran yang disampaikan mendatangkan kesan positif di kalingan pelajar. Tahap efektif guru lazimnya dikaitkan dengan tahap pencapaian pelajar sama ada dalam perolehan pengetahuan, kemahiran, pengalaman dan apresiasi. Guru berkebolehan menjangkau perlakuan yang akan berlaku semasa pengajaran, berjenaka deduktif, dan menggunakan kehadirannya dalam bilik darjah dengan terbaik. Semua ini menjadi key performance index terhadap keterampilan guru dan guru efektif.

 isu semasa

keratan akhbar diatas diambil daripada utusan online (http://www.utusan.com.my/pendidikan/pembelajaran-menyeronokkan-pikat-murid-1.435657). Kereta akhbar ini mengambarkan seorang guru memakai kostum watak kartun Mickey mouse menyambut murid-murid turun dari van pada hari pertama persekolahan. Guru tersebut memakai kostum tersebut adalah untuk menarik minat pelajar datang kesekolah. keadaan ini akan mengembirakan pelajar apabila mereka disambut dengan mesra ke sekolah. Hal ini juga dapat melahirkan insan yang seimbang dan harmoni merangkumi aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani.
  Menurut apa yang saya belajar didalam kelas ialah terdapat tiga isi penting yang saya pelajari daripada topik ini. Antaranya adalah persediaan sebelum mengajar. Antara perkara yang perlu dittikberatkan sebelum masuk ke dalam kelas mestilah ilmu, peralatan, ruang dan  persediaan untuk mengajar didalam kelas. Sebelum guru masuk ke kelas mereka mestilah memastikan bahawa mereka mempunyai persediaan untuk mengawal pelajar didalam kelas. Seterusnya adalah buku rekod mengajar. Sebelum aktiviti didalam kelas dijalankan guru mestilah merekod didalam buku rekod . Setiap guru mestilah merekod dan menulis segala aktiviti yang dijalankan didalam kelas. Selain itu, guru juga mesti merekod segala masalah dan kebaikan yang berjaya dilaksanakan didalam kelas.     Akhir sekali, perlaksanaan P& P didalam kelas mestilah mempunyai 3 perkara penting. Antaranya adalah set induksi, penyampaian isi dan penutup. Terdapat beberapa perkara yang penting dalam set induksi, antaranya adalah guru perlu merancang permulaan pengajaran yang baik yang dapat menarik perhatian dan minat murid. Guru juga mengaitkan pelajaran yang lepas atau dengan pengetahuan sedia ada murid. Selepas itu, penyampaian isi. Guru menyampaikan isi kandungan sebenar kepada murid. Guru perlu merancang beberapa langkah yang berurutan, disusun dengan baik dengan mencatat anggaran masa (tempoh) yang sesuai. Seterusnya adalah penutup. Penutup boleh dilakukan melalui suatu rumusan atau kesimpulan. Guru haruslah memberikan satu kesimpulan atau rumusan mengikut subjek yang diajar pada masa itu.

No comments:

Post a Comment